Wednesday, April 6, 2011

Jadilah seperti buah manggis


Apabila tiba musim buah-buahan pasti segala macam buah menjadi santapan dan kegemaran rakyat malaysia, selain buah durian yang memang terkenal diseluruh negara apabila tiba musim buah, durian segamat lah durian D24 dan segala macam lagi la jenis termasuk perak king dan sebagainya.

Tetapi kali ini saya ingin mengupas mengenai buah manggis dan pasti anda semua juga sukakan buah yang mana kulitnya hitam tetapi isinya putih bersih.

Seperti tajuk artikel ini, jadilah seperti buah manggis dan apa maksud disebaliknya? Sebenarnya saya tidak ingin bercakap mengenai khasiat buah manggis, mahupun kelebihan kulit buah manggis ini tetapi saya ingin mengupas mengenai kelebihan dan keistimewaan buah manggis yang mungkin ada di antara kita sudah mengetahuinya, tetapi hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sedikit mengenai keistimewaan buah manggis yang manis isinya dan banyak maksud yang tersirat.

Kalau hari ini kakjie dengan artikelnya pohon pisang, tetapi saya pula dengan buah manggis. Tapi kakjie sebenarnya saya tiada niat untuk meniru ataupun mengambil idea dari artikel kakjie, memang dah lama ingin berbicara mengenainya cuma belum kesampaian lagi.
hikmah buah manggis

buah paling jujur

 
 

INI PETANDA JUJURNYA MANGGIS
 
 
 
 
 Bagi saya buah manggis adalah buah yang paling jujur di dunia ini dan tidak pernah menipu. Cuba anda perhatikan semasa anda ingin membuka buah manggis tersebut, lihat pada bontot belakang buah manggis tersebut dan kira ada berapa bentuk bunga tersebut, kalau 5, 6 ataupun tujuh dan cuba kira apabila anda buka buah manggis tersebut, pasti isinya juga akan sama dengan bilangan bentuk bunga di belakang buah manggis tersebut.

Itulah mengapa saya cakap buah manggis adalah buah yang paling jujur di atas dunia ini kerana tidak pernah menipu manusia tentang isi didalamnya. Begitulah kita dalam kehidupan. Kalau nak berlaku jujur, lahirkan terlebih dahulu kejujuran itu supaya di dalam hati kita pun akan jujur. Jangan hanya nampak jujur secara luarannya tetapi di dalamnya tiada apa-apa.

Itulah hakikatnya, sebiji buah manggis yang begitu jujur dan tidak pernah menipu tentang isi didalamnya. Walapun luarannya nampak berkedut, nampak calar-calar pada bahagian badannya tetapi isi dalamnya sangat putih dan bersih. Kalaulah hati manusia seperti buah manggis, pasti hidup manusia akan aman dan tenteram. Walaupun luaran nampak cacat, tak sempurna tetapi di dalamnya suci murni dan bersih. Begitulah perumpamaan yang boleh diambil dari sebiji buah manggis. Kalaulah kita semua dapat menjadi seperti buah manggis pasti semuanya berjalan dengan lancar kan.

No comments:

Post a Comment