Friday, March 11, 2011

MAKLUMAT DAN KETERANGAN PRODUK

Stana Cafe a pre-mix coffee with the mangosteen the main ingredient. High grade Coffee of Arabica, essential herbs such as ginger, honey and  high grade rock salt are the ingredient to produce this exotic coffee mix. The unique taste of this coffee contain no preservative,flavoring and coloring. Suitable for all. 1 sachet of STANA CAFE is equivalent to one cup without having to add sugar or sweetener. It is also good for digestion and weight loss enthusiast. It is suitable also for mother under confinement during the early stage of giving birth to start taking STANA CAFE for fast recovery.



1) STANA CAFE
Produk minuman kopi pra campuran ini dihasilkan dengan adunan kopi Arabica bersama kulit Manggis sebagai bahan asas disamping herba seperti madu lebah, garam bukit dan halia.Berkhasiat untuk membantu masalah penghadaman, obesiti, migrain, angin, kolestrol, resdung dan masalah berat badan sekiranya diamalkan secara berterusan. Rasanya yang istimewa adalah rasa yang asli tanpa sebarangpewarna tambahan dan sesuai untuk diminum oleh setiap golongan tanpa mengira usia. Sepeket sachet STANA CAFE adalah untuk bancuhan secawan tanpa perlu tambahan gula atau pemanis.

Amaran: Wanita mengandung tidak digalakkan minum



2) O'STEEN JUICE
JUS O"STEEN diproses dari bahan utama iaitu kulit manggis selain beberapa ramuan lain yang bersifat anti-oksida seperti blueberry, straberry, anggur, dan blackcurrent. Selain itu, untuk tambahan produk ini juga turut dimasukkan dengan roselle dan buah naga untuk vitamin tambahan selain mampu bertindak sebagai pewarna tambahan.Jus O'steen ini menghasilkan rasa yang unik selain berkhasiat untuk penghadaman, obesiti dan kaya dengan Xanthon yang bersifat pencegah untuk pelbagai penyakit. Campuran bersama buah naga (Dragon Fruit) mampu mengembalikan tenaga tambahan, bersama kurma mampu membekalkan pepejal sebagai makanan untuk digunakan dalam proses anti-oksidan oleh bahan aktif Xanthon selain kaya dengan khasiat Vitamin C dan mampu membantu menyelesaikanmasalah diabetes dan darah tinggi. Produk minuman berkhasiat ini dihasilkan tanpa gula, tanpa perasa dan pewarna tambahan. Rasa manis yang terhasil d adalah daripada stevia yang terbukti berkhasiat tinggi.Howton berry, blueberry, blackcurrent, strawberry dan anggur juga digabungkan khasiatnya ke dalam O'steen Juice ini untuk kesan anti-oksidan serta Vitamin C terbaik.

Amaran: Wanita mengandung tidak digalakkan minum.



 
CleaResd Soap is fully produced from mangosteen  and its pericarp. It is proven good skin care and health. CleaResd soap is short-form for Clear Resdung Soap. This product is good for those who suffer from sinusitis and can also be used for skin whitening thus commonly use for facial cleanser.Consumer may also use CleaResd Soap for normal bathing. ClearResd Soap invigorate body freshness and prevent body odour.



3) Clearesd Mangoesteen Soap
Produk ini dihasilkan sepenuhnya daripada buah manggis dangan menggunakan kulitnya yang terbukti baik untuk penjagaan dan kesihatan kulit manusia. Perkataan Clearesd Soap adalah singakatan daripada Clear Resdung Soap. Ianya terbukti baik untuk masalah resdung selain mampu memutihkan warna kulit dan menyucikan kekotoran. Penggunaan yang berterusan mampu member kesegaran tubuh selain menghilangkan bau peluh di badan.




Photo and product will be available soon..

4) O’steen Slimming TeaProduk minuman teh ini dihasilkan dari campuran natural tanpa sebarang tambahan bahan kimia. O’steen Slimming Tea menggabungkan kulit manggis, daun manggis dan daun teh hijau yang berupaya menghasilkan kandungan bahan anti-oksidan yang tinggi. Sesuai untuk semua peringkat usia. Khasiat O’steen yang tinggi diyakini mampu mengubati beberapa masalah antaranya:
i. Menurunkan berat badan
ii. Mengurangi risiko kanser
iii. Menstabilkan tekanan darah
Kesan sampinganPengguna O’steen akan berasa sedikit dan ingin membuang. Namun kesannya bukanlah untuk jangkamasa panjang.Badan akan lebih mudah mengeluarkan angin dan badan akan terasa lebih segar.



 

Salt Spa Body Scrub adalah produk terbaru keluaran syarikat yang sesuai digunakan untuk membantu melicin, membersih dan menstabilkan tona kulit an juga menegang serta membina sel-sel baru.
 SALT-SPA BODY SCRUB




TESTIMONI PENGUNA


TESTIMONIAL PENGGUNA
                               


KES 1

Saya dan anak menghadapi masalah kulit yang terlalu sensitif dan yang lebih teruk adalah dibahagian muka anak saya. Selepas mengambil Jus Osteen sebanyak 2 botol kulit muka anak saya tidak lagi bermasalah malah semakin licin dari sebelumnya. kini saya begitu yakin dan telah menjadi Stokis untuk kawasan Kuala Terengganiu semenjak 2 tahun lepas

Puan Zainun

H/P : 019-957 4341

                               

KES 2

Saya sentiasa menghidap penyakit ulser dalam mulut. Suatu hari saya terlihat iklan dan keratan akhbar tentang khasiat produk jus manggis OSTEEN ini diharian Metro dan terus membelinya. Selepas mengamalkannya sebanyak sebotol didapati ianya amat mujarab dan berbaloi kerana masalah ulser yang saya alami dapat diubati dengan hanya beberapa kali meminumnya sahaja.

Puan Ramlah

017-4411 636


KES 3

Saya selamat melahirkan anak kedua pada bulan September 2007. Sehari selepas bersalin saya terus mengamalkan kopi pra-campuran Stana Cafe ini setelah disyorkan oleh seorang kenalan untuk diamalkan sewaktu berpantang. Hasilnya, badan saya mendapat berat yang ideal seperti anak dara dahulu. Malah darah nifas saya juga turun dengan lancarnya. Sehingga kini saya terus mengamalkan produk kopi manggis Stana Cafe ini.

Puan Lyana

H/P : 016-482 7137



                               

KES 4

Saya menghidap masalah kanser payudara peringkat awal dan masalah kulit yang terlalu sensitif. Masalah kulit sentiasa menghantui hidup seharian saya kerana langsung tidak boleh tersalah makan pastinya muka akan dinaiki jerawat yang besar dan kulit terasa gatal yang berterusan. Masalah saya bertambah berat setelah dikesan menghadapi kanser payudara. Namun saya bersyukur kerana terbaca iklan berkenaan produk kesihatan berasaskan buah  manggis keluaran HerbalVillage terutamanya jus OSteen. Selepas mencubanya sebulan, ketulan dipayudara saya mulai mengecut dan perlahan - lahan surut. Kulit muka dan badan saya pula tidak lagi sensitif seperti sebelumnya malah semakin sihat dan cantik.

Pn. Fatimah Mustapha

H/P : 017-285 7918




KES 5

Saya merupakan pesakit darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang, kalau dulu saya langsung tak boleh bergerak aktif dan hanya banyak berbaring sahaja. Namun setelah mengamalkan Jus Manggis OSteen keluaran HerbalVillage ini dapat dilihat perubahan yang ketara pada badan saya, Kini saya mampu untuk bangun dan menjalankan aktiviti harian termasuk memasak. Syukur alhamdulillah atas kurniaan Tuhan

En. Nor Azizan

H/P : 019-9502002



                         

KES 6

Suami saya menghidap masalah kencing manis dengan tahap bacaan glukose iaitu 20. Setelah diperkenalkan oleh anak saya yang mengajar diKedah saya terus mengamalkan jus OSteen. Setelah hampir 2 botol mencuba, bacaan glukose saya telah turun pada tahap 7.3 dan seterusnya 5.3. Saya juga telah mendaftar sebagai Pengedar di Kuala Terengganu sekarang.

Puan Siti Zaharah

H/P : 012-974 7924


KOPI KULIT BUAH MANGGIS KAYA DENGAN ANTI - OXIDAN





RIZAL AMIR REJAB
Rizal Amir Rejab menunjukkan produk kopi Stana yang dihasilkan dengan campuran daripada kulit buah manggis yang dikeluarkan syarikatnya di Jerlun, Kedah.

JERLUN 23 Jun - Peribahasa hitam-hitam si tampuk manggis sungguhpun hitam dipandang manis amat sinonim dengan masyarakat negara ini.

Buah manggis (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara.

Ia juga dikenali sebagai permaisuri buah-buahan tempatan, mempunyai rasa yang enak dan selalunya kulit buah ini akan dibuang begitu sahaja setelah isi berwarna putih dimakan.

Namun siapa sangka daripada kulit buah manggis yang dulunya hanya menjadi bahan buangan kini diproses menjadi bahan dalam pembuatan kopi Stana.

Ketua Pegawai Eksekutif Herbavillage, Rizal Amir Rejab, 32, berkata, dia menyedari kulit buah manggis sebenarnya kaya dengan pelbagai khasiat dari segi perubatan kepada manusia.

"Kulit manggis sebenarnya kaya dengan xanthones yang merupakan sejenis antioksidan.

"Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan dan saya mengambil inisiatif dengan kerjasama pasukan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan produk berasaskan kulit manggis," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Rizal Amir, produk kopi Stana mula berada di pasaran pada 2006 dan mendapat tempat di kalangan penggemar produk berasaskan kesihatan.

"Campuran ekstrak kopi dan adunan yang dihasilkan daripada kulit buah manggis turut diadun dengan garam bukit serta beberapa herba lain untuk menghasilkan produk kopi Stana ini.

"Saya berbangga akhirnya penat lelah saya untuk menghasilkan produk sendiri tercapai dan kini produk ini telah memasuki pasaran Dubai serta Afrika," katanya.

Jelas Rizal Amir, walaupun mempunyai ijazah dalam bidang teknologi maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), jiwanya terarah untuk membina perniagaan sendiri.

"Sebaik tamat pengajian saya memilih untuk membuka perniagaan sendiri, pernah gagal namun saya bangkit semula dengan menghasilkan produk berasaskan kesihatan daripada manggis.

"Selain kopi Stana, syarikat saya juga mengeluarkan jus mangga, teh mangga, sabun dan lain-lain," katanya.

Rizal Amir memberitahu, sebanyak dua tan kulit manggis diperlukan setiap bulan untuk menghasilkan produk berasaskan manggis di kilang miliknya yang terletak di sini.

"Isi manggis hanya terbuang begitu sahaja dan kini saya sedang berusaha untuk mengadakan rundingan bagi memasarkan isi buah manggis segar ke pasaran Jepun.

"Saya menerima maklumat bahawa isi manggis yang kaya dengan pelbagai khasiat amat digemari oleh penduduk Jepun," jelasnya.

KHASIAT MANGGIS






 

KHASIAT MANGGIS

Manggis  atau nama saintifiknya (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai “ratu segala buah” sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai “raja segala buah”.

Terdapat juga spesis/subspesis lain seperti berikut: Garcinia mangostana, Garcinia pedunculata, Roxburgh, Garcinia Kydia, Roxburgh, Garcinia indica, Choisy (Garcinia purpurea), Roxburgh; Brindonia indica dan DuPetit-Thouars.

Pokok Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benih mati pada 45F.

Orang Barat telah mengkaji buah ini dan mengkomersialkan dan mereka menghasilkan jutaan ringgit. Waktu kita makan sahaja dan kulitnya kita buang, tetapi khasiat buah ini terletak banyak pada kulitnya. Walaupun rasa kelat dan pahit, tetapi ia mengandungi banyak khasiat.

Khasiat dan kegunaan

Buah manggis kaya dengan Xanthones  yang merupakan sejenis antikoksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.

Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.

Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.

Kandungan Kulit Manggis

Kulit manggis mempunya tanin, resin, dan crystallizable mangostine (C20H22O5., membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190° C. (374° F.), mudah larut dalam alkohol atau ether, tidak larut dalam air. Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan dari larutan alkoholnya. Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak.

Buah manggis mengandungi asid malic menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether.

Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari tristearin dan oleic glycerides dan asid myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).

Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garispusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.

Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.

Cara Makan Buah Manggis

Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil isinya.